Afiliasi
antarabangsa
Keanggotaan PPM di Peringkat Antarabangsa
Persekutuan Penterjemah Sedunia atau lebih dikenali sebagai FIT ialah sebuah pertubuhan sedunia yang terdiri daripada lebih 120 organisasi dan persatuan profesional penterjemahan nasional dari 60 negara. FIT mewakili lebih daripada 80,000 penterjemah di seluruh dunia. Ia juga sebuah pertubuhan yang mendapat status agensi perunding UNESCO. Akronim FIT berasal daripada bahasa Perancis pertubuhan tersebut, iaitu Fédération Internationale des Traducteurs. Kini, FIT beribu pejabat di Paris.
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) diundang menghadiri Kongres Statutori untuk diterima keanggotaannya secara rasmi sebagai Ahli Penuh FIT mulai tahun 2017. Sebelum itu PPM memilih untuk menganggotai FIT sebagai Anggota Pemerhati sejak tahun 2008. Nombor keanggotaan PPM ialah M132. PPM juga telah dipilih sebagai ahli majlis APTIF (Asia Pacific Translators and Interpreters Forum) yang merupakan cabang FIT bagi rantau Asia Pasifik.
Mou/MoA

KUNJUNG HORMAT PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA (PPM) KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Pada 8 Ogos 2023, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) telah mengadakan satu kunjung hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), untuk bertemu secara khusus Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Y.Brs.

Hadiah Penghargaan Pelajar Tahun Akhir Terbaik BATI (USM)
Hadiah Tunai Persatuan Penterjemah Malaysia diberikan kepada Pelajar Terbaik Tahun Akhir bagi Program Ijazah Sarjana Muda Sastera (Terjemahan dan Interpretasi) (BATI) Universiti Sains Malaysia dan penganugerahan ini dimulakan pada tahun

Kerjasama antara Universiti Malaya dengan Persatuan Penterjemah Malaysia
Persatuan Penterjemah Malaysia dan Fakulti Bahasa dan Linguistik (PBL), Universiti Malaya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 7 Mac 2017. Memorandum Persefahaman ini ditandatangai oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Yg.

Memorandum Persefahaman Antara Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) Dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP)
Pada 16 April 2015, Memorandum Persefahaman antara Persatuan Penterjemah Malaysia dengan Dewan Bahasa dan Pustaka telah dimeterai. Memorandum ini ditandatangani oleh YBhg. Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah
Artikel-Artikel Afiliasi Antarabangsa

Kongres Statutori FIT Sedunia 2022, 30 & 31 Mei 2022
Kongres Statutori Sedunia 2022 berlangsung pada 30 dan 31 Mei 2022 di Melia Internacional Hotel, Varadero Cuba. Kongres yang menghimpunkan sebahagian besar persatuan terjemahan di seluruh dunia berlangsung dua hari
Translation News
7th February 2022 1……………………………………………….. CfP: conference ATA Annual Conference Los Angeles, USA 12-15 October 2022 2……………………………………………….. CfP. conference Performative & Experiential Translation: Meaning-Making through Language, Art and Media King’s College, London,