Afiliasi

antarabangsa

Keanggotaan PPM di Peringkat Antarabangsa

Persekutuan Penterjemah Sedunia atau lebih dikenali sebagai FIT ialah sebuah pertubuhan sedunia yang terdiri daripada lebih 120 organisasi dan persatuan profesional penterjemahan nasional dari 60 negara. FIT mewakili lebih daripada 80,000 penterjemah di seluruh dunia. Ia juga sebuah pertubuhan yang mendapat status agensi perunding UNESCO. Akronim FIT berasal daripada bahasa Perancis pertubuhan tersebut, iaitu Fédération Internationale des Traducteurs. Kini, FIT beribu pejabat di Paris.

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) diundang menghadiri Kongres Statutori untuk diterima keanggotaannya secara rasmi sebagai Ahli Penuh FIT mulai tahun 2017. Sebelum itu PPM memilih untuk menganggotai FIT sebagai Anggota Pemerhati sejak tahun 2008. Nombor keanggotaan PPM ialah M132. PPM juga telah dipilih sebagai ahli majlis APTIF (Asia Pacific Translators and Interpreters Forum) yang merupakan cabang FIT bagi rantau Asia Pasifik.  

Mou/MoA

Artikel-Artikel Afiliasi Antarabangsa

Syarahan Umum oleh Profesor Anthony Pym

Bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan penterjemah Malaysia (PPM), Jawatankuasa Forum, Syarahan dan Bengkel telah mengadakan Majlis Syarahan Umum yang telah disampaikan oleh Profesor Anthony Pym dari Universiti Melbourne,

Seminar Penterjemahan Antarabangsa 1, 2018

Seminar Penterjemahan Antarabangsa I: Penterjemahan dan Teknologi merupakan seminar pertama yang dianjurkan dengan kerjasama antara Universiti Malaya (UM) dengan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Seminar ini telah diadakan pada 20 Oktober