Kursus Diploma Profesional PPM-DBP-USIM 2022

Ditulis oleh :

Kursus yang telah diadakan bermula pada 18 Julai – 3 Ogos 2022, merupakan satu program hasil kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (FSU, USIM). Kursus ini dihadiri oleh 40 pelajar USIM yang baru tamat pengajian dan akan berijazah pada tahun ini. Pelajar berpeluang mengikuti kursus ini untuk mendapatkan nilai tambah kepada kemahiran, serta mempersiapkan mereka untuk menceburi bidang pekerjaan nanti. Kursus ini kali pertamanya telah diadakan secara hibrid, dengan menggabungkan elemen pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian (untuk komponen Teori) dan secara bersemuka (untuk komponen Amali). Para pengajar terdiri daripada pensyarah teori dan praktik terjemahan daripada beberapa universiti tempatan di Malaysia, editor, pegawai perancang bahasa, pakar bidang serta pengamal profesional. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia (menerusi Program PENJANA KPT-Pensijilan Profesional (PENJANA KPT-PACE 2022) kerana telah menyediakan dana bagi menjayakan program profesional sebagai nilai tambah graduan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran.

Sekitar Majlis Perasmian Kursus
Sesi pembelajaran dalam talian
Sesi pembelajaran bersemuka
Urus setia

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn