PERSIDANGAN PENTERJEMAHAN ANTARABANGSA (PPA)

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-17

PPA merupakan mercu tanda yang dikenali oleh semua pihak yang terlibat dalam bidang terjemahan, bukan sahaja di Malaysia malahan di peringkat antarabangsa. Persidangan dwitahunan ini ialah satu-satunya persidangan terjemahan yang dianjurkan di Malaysia untuk semua pihak yang terlibat dalam bidang dan industri terjemahan, mencakupi para akademik, pengamal, penyelidik dan pelajar.

Antara tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk mewujudkan arena sejagat untuk wacana intelektual dan profesional mengenai teori terkini, pendekatan isu, perspektif, amalan, penyelidikan dalam bidang penterjemahan dan interpretasi. Selain itu, ia bertujuan menggalakkan pertukaran gagasan, pendapat dan pengalaman dalam bidang penterjemahan dan interpretasi, demi mencapai kecemerlangan akademik dan peri relevannya dalam industri.

Persidangan-Persidangan yang Diadakan