Keahlian

Permohonan Keahlian PPM

Keahlian terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia lebih daripada 21 tahun,  yang menunjukkan minat, mempunyai keupayaan, bakat dan kemahiran dalam lapangan serta industri penterjemahan, dan / atau yang tugasnya berkaitan dengan penghasilan bahan terjemahan dari bahasa asing ke Bahasa Melayu atau sebaliknya. Keutamaan diberi kepada mereka yang telah mengikuti dan lulus kursus penterjemahan yang dianjurkan oleh PPM, badan kerajaan dan swasta, institut dan mana-mana institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Keahlian merangkumi penterjemah profesional sepenuh masa atau sambilan, jurubahasa, editor, pensyarah, pendidik, dll. Walau bagaimanapun, bukan warganegara Malaysia yang terlibat dalam profesion penterjemahan dan memenuhi kriteria yang berkenaan dibenarkan menjadi ahli Bersekutu (boleh menghadiri mesyuarat agung tetapi tidak berhak untuk mengundi).

Untuk menjadi ahli PPM, tuan / puan dikehendaki menghantar dokumen / bahan sokongan seperti yang berikut:

  1. 2 keping gambar berukuran pasport
  2. Resume (2 halaman)
  3. Sijil kursus terjemahan
  4. Transkrip kursus / Slip keputusan kursus
  5. Borang keahlian PPM yang lengkap diisi beserta bayaran

Sila muat turun borang keahlian di pautan di bawah:

Perkara-perkara di atas perlulah dihantar secara langsung ke pejabat kami dan bayaran untuk keahlian mestilah dibuat secara tunai sebanyak RM 350 (ahli seumur hidup) atau RM150 (ahli tahunan). Tuan / Puan boleh datang ke pejabat PPM pada hari bekerja (10 pagi – 4.30 petang). Sekiranya tuan / puan tidak dapat hadir ke pejabat PPM, bolehlah menghantar wakil bagi pihak tuan / puan.

Alamat Urus Setia PPM adalah seperti yang berikut:

URUS SETIA,
PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA,
171-A, TINGKAT 1, JALAN MAHARAJALELA,
50150 KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

No. telefon: +603 – 9226 2506
E-mel: [email protected]