JURNAL PENTERJEMAH

Jurnal Penterjemah merupakan jurnal berwasit yang diterbitkan dua kali setahun, iaitu pada bulan Jun dan Disember oleh Persatuan Penterjemah Malaysia.

Jurnal ini memaparkan makalah tentang kajian dan amalan dalam bidang penterjemahan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara. Skop penulisan makalah dalam jurnal ini merangkumi analisis teoretikal, sintesis dapatan kajian, metodologi kajian,  atau perbincangan akademik tentang pengajian penterjemahan dan interpretasi  Skop perbincangan boleh juga meliputi sejarah, teori dan praktik terjemahan, terjemahan berasaskan/berbantukan komputer, lokalisasi, penilaian terjemahan, penterjemahan digital, media dan audiovisual, penterjemahan/kejurubahasaan isyarat, leksikografi dan peristilahan.  Perbincangan tentang kajian dan amalan penterjemahan dalam bidang khusus seperti bidang sains dan teknologi, undang-undang, agama dan sastera, pelancongan, serta bidang lain-lain turut dimuatkan.  

Selain daripada penulisan ilmiah, jurnal ini juga mengemukakan penulisan yang berkaitan dengan industri penterjemahan, amalan dan khidmat bahasa serta perkongsian pengetahuan oleh pengamal dalam bidang penterjemahan.  Pelbagai perspektif dalam bidang penterjemahan, polisi dan pelatihan yang boleh menjana pengetahuan baru serta pemahaman yang lebih luas dalam bidang penterjemahan sebagai bidang ilmu  yang multidisiplin turut dimuatkan.  Ulasan buku dan pengumumam tentang penerbitan terkini dalam bidang penterjemahan juga amat dialu-alukan untuk jurnal ini.

Jurnal ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan rujukan para ilmuan bidang penterjemahan, ahli linguistik gunaan, guru, siswa, pengamal dan pembaca umum.

Panduan Kepada Pemakalah

Jurnal Penterjemah menjemput pemakalah menyumbang untuk penerbitan yang berkaitan dengan terjemahan dan subbidangnya. Penulisan makalah perlu mengambil kira garis panduan umum seperti yang berikut:

  1. Semua makalah yang dipertimbangkan mestilah makalah asal dan belum diterbitkan;
  2. Penyerahan makalah adalah dalam bentuk salinan lembut dan boleh dikirimkan ke Persatuan Penterjemah Malaysia;
  3. Makalah boleh ditulis sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan mesti disertakan abstrak dan kata kunci. Makalah dalam bahasa Melayu perlu mempunyai abstrak dan kata kunci dalam bahasa Inggeris. Makalah dalam bahasa lain (Arab, Tamil, Mandarin, dan lain-lain) turut dialu-alukan, namun sinopsis ringkas tentang kandungan makalah perlu disediakan sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu;
  1. Penulis bersama untuk setiap makalah tidak boleh lebih daripada 3 orang;
  1. Panjang makalah hendaklah tidak melebihi 12,000 patah perkataan, termasuk abstrak, biodata, rujukan, rajah dan jadual, manakala ulasan buku pula tidak boleh melebihi 5,000 patah perkataan; 
  2. Setiap penghantaran perlulah diiringi dengan surat iringan kepada Ketua Editor, dengan menyertakan maklumat tajuk, nama penulis, alamat perhubungan dan alamat emel serta biodata pemakalah;
  3. Tatacara penulisan akademik perlu dipatuhi. Nama pengarang, tahun dan nama penerbit perlu disertakan dalam rujukan.


Semua manuskrip akan diwasit oleh pewasit yang dilantik, dan komen akan diberikan kepada pemakalah agar pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya sebelum makalah dihantar semula untuk penerbitan.

SIDANG REDAKSI

Penasihat

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Ketua Editor

Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah

Sidang Redaksi

Dr. Syed Nurulkla Syed Abdullah
Dr. Rusmadi Baharudin
Dr. Noor Ida Ramli
Dr. Intan Safinaz Zainudin
Pn. Sa’odah Abdullah
Pn. Aliah Abdul Rahim
Dr. Chow Yean Fun

Penasihat Antarabangsa

Prof. Anthony Pym (Universiti Melbourne, Australia)
Prof. Zhang Mei Fan (Universiti Macau, China)
Prof. Rudy Hartono (Universitas Negeri Semarang, Indonesia)
Prof. Roosfa Hashim (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia)
Prof. Majdi Hj. Ibrahim (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia)

Pewasit

Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah
Prof. Madya Dr. Norizah Ardi
Dr. Hasmidar Hassan
Dr. Noor Ida Ramli
Dr. Fadilah Jasmani
Dr. Norwati Md Yusof
Prof. Madya Dr. Rokiah Awang