Kursus & Latihan

Kursus Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP (antara kursus utama jangka panjang) dimulakan sejak tahun 1983 atas inisiatif dan gagasan pihak PPM dan DBP bagi memastikan semua penterjemah yang ditugaskan menterjemah buku ilmiah terlatih secara lebih profesional. Sukatan Kusus disesuaikan daripada sukatan kursus diploma penterjemahan Universiti Malaya. Prof. Dato’ Dr. Asmah Hj Omar telah merasmikan pelancaran kursus tersebut.

Selain itu, kursus-kursus sokongan jangka pendek untuk penataran ilmu yang berkaitan turut dianjurkan. Kursus-kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Kursus Diploma Profesional

  • Kursus Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP

Kursus Pendek 2024

  • Kursus Penyediaan Sari Kata 
  • Kursus Penyuntingan Terjemahan Bahasa Melayu
  • Kursus Aplikasi Teknologi dalam Terjemahan Digital 
  • Kursus Bina Kerjaya sebagai Penterjemah Profesional 
  • Kursus Bahasa Melayu Tinggi 
  • Kursus Intensif Penterjemahan Kreatif 
  • Kursus Penterjemahan Arab-Melayu 
  • Kursus Teori dan Amali Penterjemahan Bahasa Cina 

Kursus-Kursus Pendek Yang Ditawarkan