Perkhidmatan

Penterjemahan

Biro Khidmat Terjemahan (BKT)

Biro Khidmat Terjemahan (BKT) memainkan peranan yang menjadi salah satu teras penubuhannya. Sebelum PPM ditubuhkan pada tahun 1979, Bahagian Terjemahan (BT) DBP yang wujud di bawah DBP (1956) telah memainkan peranan menterjemah khususnya buku ilmu sebagai tugas dan tanggungjawab hakikinya. Di samping itu, BT juga ditugaskan menterjemah dokumen, risalah dan bahan cetak kerajaan, menyemak, menyunting dan mengesahkan terjemahan, termasuk daripada pihak awam dan swasta. Mulai tahun 1979, PPM ditubuhkan di DBP di bawah naungannya dan tugas tersebut diserahkan kepada PPM, kecuali tugas hakiki yang semakin bertambah dengan pesat.

PPM menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti dwibahasa, dan para penterjemah, interpreter dan editor kami terdiri daripada mereka yang terlatih, dan diiktiraf. Mereka mempunyai kelayakan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam bidang dan disiplin serta penguasaan bahasa masing-masing, dan berupaya menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan menepati waktu.

Skop kepakaran kami mencakup:

  • Penterjemahan
  • Penyuntingan (pengeditan)
  • Intrepetasi:
    – Serentak
    – Berturut
    – Persidangan
    – Mahkamah
  • Penyarikataan
  • Transkripsi
  • Perundingan Bahasa
  •  Dsb.

Pengesahan Dokumen

Perakuan dan Pengesahan Terjemahan

PPM yang menganggotai FIT (International Federation of Translators) dan dinaungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), diberi kuasa dan diiktiraf oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kedutaan dan Misi Luar Negara dan lain-lain.

Terjemahan yang diperakui sah dan diendors adalah perlu untuk kegunaan rasmi seperti untuk migrasi, pengajian di luar negara, permohonan permit belajar, permohonan permit kerja, permohonan visa, permohonan MM2H (Malaysia My Second Home) dan lain-lain. PPM juga menggunakan bidang kuasanya untuk memperakui terjemahan oleh para ahli PPM dan syarikat swasta berdaftar yang menghasilkan terjemahan, yang disemak terlebih dahulu, untuk kegunaan rasmi.

Contoh terjemahan yang boleh diperakui sah:

  • Terjemahan Sijil Kelahiran
  • Terjemahan Sijil Perkahwinan/Perceraian
  • Terjemahan Sijil Angkat
  • Terjemahan Dokumen Imigresen
  • Terjemahan Keputusan Akademik
  • Terjemahan Laporan Polis
  • Terjemahan Wasiat
  • Terjemahan Kuasa Wakil
  • Terjemahan Penyata Bank
  • Terjemahan Penghakiman
  • Terjemahan Dekri Nisi
  • Dll.

Penyuntingan terjemahan

Bidang Kepakaran

Antara bidang yang dicakup ialah:

  • Automobil
  • Perbankan & Kewangan
  • Biokimia & Bioteknologi
  • Perniagaan & Pemasaran
  • Pembinaan
  • Kimia
  • Komunikasi
  • Industri Kosmetik
  • Pendidikan
  • Elektronik & Elektrik
  • Kejuruteraan
  • Makanan dan pemakanan
  • Insurans
  • Pelaburan
  • Pertanian
  • Undang-undang
  • Pelancongan
  • Perubatan
  • Pembuatan & Industri
  • Pemasaran
  • Farmaseutikal
  • Petroleum
  • Sains dan Teknologi
  • Sastera dan Budaya
  • Sukan
  • Teknologi Maklumat

Bahasa

Perkhidmatan kami boleh didapati dalam pelbagai bahasa moden dunia:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Burma
  • Bahasa Khmer
  • Bahasa Denmark
  • Bahasa Belanda
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Perancis
  • Bahasa Finland
  • Bahasa Jerman
  • Bahasa Yunani
  • Bahasa Hindi
  • Bahasa Indonesia
  • Bahasa Itali
  • Bahasa Jepun
  • Bahasa Korea
  • Bahasa Laos
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Mongolia
  • Bahasa Nepal
  • Bahasa Norway
  • Bahasa Parsi
  • Bahasa Poland
  • Bahasa Rusia
  • Bahasa Sepanyol
  • Bahasa Tagalog
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Thai
  • Bahasa Turki
  • Bahasa Urdu
  • Bahasa Vietnam
  • Dll.