Kursus & Latihan

Kursus Pendek PPM-DBP 2026

Program latihan profesional untuk meningkatkan kemahiran penterjemahan

Tentang Kursus

Program Latihan Profesional

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan siri kursus pendek penterjemahan untuk tahun 2026. Kursus-kursus ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para penterjemah profesional dan mereka yang berminat dalam bidang penterjemahan.

Kursus Latihan

Mod Latihan

Dalam Talian

Latihan secara maya yang fleksibel untuk peserta dari seluruh negara dengan sesi interaktif, perkongsian bahan dan bimbingan masa nyata.

Bersemuka

Sesi fizikal di lokasi terpilih untuk pembelajaran mendalam, latihan amali dan interaksi langsung dengan fasilitator serta peserta lain.

Senarai Kursus

Kursus 2026

01Bersemuka

Kursus Penterjemahan Siaran Akhbar

Kursus pengenalan yang menekankan aspek makna, pemasaran, penjenamaan dan transciptaan untuk khalayak sasaran.

Tarikh

14 & 15 Februari 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Bilik 6 & 7, Aras 5, Wisma DBP

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Kefahaman teori dan kemahiran praktikal terjemahan siaran akhbar
  • Aplikasi transciptaan mengikut mesej, nada dan pasaran sasaran
  • Penghasilan terjemahan yang menyokong pembinaan jenama
  • Sijil penyertaan
02Dalam Talian

Kursus Kemahiran Antarabudaya

Kursus pengenalan kemahiran antarabudaya dalam kerja penterjemahan serta komunikasi silang budaya.

Tarikh

7 & 8 Mac 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Kefahaman kecekapan antarabudaya dalam penterjemahan
  • Pendedahan kepada teori, konsep dan komunikasi antarabudaya
  • Aplikasi praktikal termasuk penyesuaian budaya, etika dan strategi penterjemahan
  • Sijil penyertaan
03Dalam Talian

Kursus Teori dan Amali Penterjemahan Bahasa Cina

Kursus pengenalan teknik dan kaedah penterjemahan bahasa Cina.

Tarikh

14 & 15 Mac 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Teknik dan strategi penterjemahan bahasa Cina
  • Penyelesaian masalah bagi pasangan bahasa Melayu/Inggeris-Cina dan Cina-Melayu/Inggeris
  • Penyuntingan terjemahan digital dan manual
  • Sijil penyertaan
04Dalam Talian

Kursus Bina Kerjaya sebagai Penterjemah Profesional

Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh tentang pembinaan kerjaya penterjemah profesional, merangkumi kemahiran, pengurusan klien dan projek, serta urusan perjanjian dan bayaran.

Tarikh

11 & 12 April 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Ciri-ciri dan pembinaan kerjaya penterjemah profesional
  • Kemahiran komunikasi dan pengurusan pelanggan
  • Pengurusan projek serta asas perjanjian dan bayaran
  • Sijil penyertaan
05Bersemuka

Kursus Kod Etika dan Tatakelakuan Penterjemah

Kursus ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang Kod Etika dan Tatakelakuan penterjemah dan jurubahasa sebagai asas amalan profesional yang berintegriti, bertanggungjawab dan beretika.

Tarikh

18 April 2026

Tempoh

1 Hari

Lokasi

Bilik 6 & 7, Aras 5, Wisma DBP

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM250

Ahli PPM

RM225

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada Kod Etika dan Tatakelakuan Penterjemah dan Jurubahasa
  • Prinsip utama seperti integriti, kerahsiaan dan kecekapan
  • Tanggungjawab etika dalam pelaksanaan tugasan profesional
  • Sijil penyertaan
06Dalam Talian

Kursus Penyuntingan Terjemahan Bahasa Melayu

Kursus lanjutan ini memberi pendedahan kepada asas penyuntingan terjemahan, penggunaan simbol pruf serta penghasilan suntingan berkualiti mengikut piawaian Bahasa Melayu.

Tarikh

25 & 26 April 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Asas penyuntingan terjemahan
  • Penggunaan simbol pruf
  • Perbandingan bahasa
  • Teknik suntingan mengikut piawaian Bahasa Melayu
  • Sijil penyertaan
07Dalam Talian

Kursus Penyarikataan

Kursus ini memberi pendedahan kepada prinsip asas, pendekatan dan teknik penyarikataan bagi menghasilkan sari kata yang berkesan, sesuai genre dan mudah difahami.

Tarikh

9 & 10 Mei 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Prinsip asas penyarikataan
  • Teknik dan pendekatan sari kata praktikal
  • Penyesuaian sari kata mengikut genre program
  • Perbincangan pasangan bahasa Inggeris-Melayu dan lain-lain
  • Sijil penyertaan
08Dalam Talian

Kursus Teknologi Digital & Terjemahan

Kursus ini memberi pendedahan kepada penggunaan perisian memori penterjemahan seperti SDL Trados serta alat terjemahan dalam talian untuk menghasilkan terjemahan yang berkualiti.

Tarikh

16 & 17 Mei 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada perisian memori penterjemahan seperti SDL Trados
  • Penggunaan alat terjemahan dalam talian
  • Teknik menghasilkan teks terjemahan menggunakan perisian
  • Sijil penyertaan
09Dalam Talian

Kursus Intensif Penterjemahan Kreatif

Kursus ini memberi pendedahan kepada teori, konsep, kaedah dan pendekatan penterjemahan teks kreatif serta perbezaan bahasa dan budaya dalam teks sastera Inggeris-Melayu.

Tarikh

13 & 14 Jun 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Teori, konsep dan kaedah penterjemahan teks kreatif
  • Elemen bahasa dalam teks sastera seperti kata, ujaran, konotasi dan gaya
  • Perbezaan budaya dan citra dalam penterjemahan
  • Teknik menghasilkan terjemahan kreatif yang sejadi dan asli
  • Sijil penyertaan
10Dalam Talian

Kursus Bahasa Melayu Tinggi

Kursus ini memberi pendedahan tentang sistem bahasa Melayu merangkumi tatabahasa, laras bahasa, pragmatik serta aspek kesantunan dan ragam bahasa dalam penggunaan yang betul mengikut konteks.

Tarikh

11 & 12 April 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Tatabahasa Bahasa Melayu
  • Laras bahasa dan makna dalam pelbagai bidang
  • Pragmatik atau penggunaan bahasa mengikut konteks
  • Kesantunan bahasa dan bentuk sapaan
  • Sijil penyertaan
11Dalam Talian

Kursus Penterjemahan Arab-Melayu

Kursus ini memperkenalkan prinsip, teori dan teknik penterjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu serta latihan amali bagi menghasilkan terjemahan yang tepat, berkualiti dan sesuai dengan teks asal.

Tarikh

4 & 5 Julai 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Prinsip, teori dan teknik penterjemahan Arab-Melayu
  • Aspek morfologi, sintaksis, laras dan peristilahan
  • Latihan amali pelbagai teks termasuk al-Quran, Hadis, pengajian Islam, kreatif, media dan pelancongan
  • Sijil penyertaan
12Dalam Talian

Kursus Pascasuntingan Terjemahan AI

Kursus ini memberi pendedahan kepada penyuntingan pasca-terjemahan AI bagi memastikan hasil terjemahan tepat, lancar dan sesuai dengan konteks serta gaya penulisan.

Tarikh

5 & 6 September 2026

Tempoh

2 Hari

Lokasi

Google Meet (secara dalam talian)

Sijil

Disediakan

Bukan Ahli PPM

RM350

Ahli PPM

RM315

Kandungan Kursus

  • Pengenalan kepada penyuntingan pasca-terjemahan AI
  • Proses gabungan terjemahan mesin dan semakan manusia
  • Teknik penyuntingan makna, sintaksis dan peristilahan
  • Penghasilan terjemahan yang lancar dan sejadi
  • Sijil penyertaan

Ada Pertanyaan?

Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan