Perkhidmatan Kami

Perkhidmatan

Perkhidmatan penterjemahan profesional yang bermutu tinggi dan menepati waktu

Perkhidmatan Utama

Penterjemahan

Biro Khidmat Terjemahan (BKT)

Biro Khidmat Terjemahan (BKT) memainkan peranan yang menjadi salah satu teras penubuhannya. Sebelum PPM ditubuhkan pada tahun 1979, Bahagian Terjemahan (BT) DBP yang wujud di bawah DBP (1956) telah memainkan peranan menterjemah khususnya buku ilmu sebagai tugas dan tanggungjawab hakikinya.

Di samping itu, BT juga ditugaskan menterjemah dokumen, risalah dan bahan cetak kerajaan, menyemak, menyunting dan mengesahkan terjemahan, termasuk daripada pihak awam dan swasta. Mulai tahun 1979, PPM ditubuhkan di DBP di bawah naungannya dan tugas tersebut diserahkan kepada PPM, kecuali tugas hakiki yang semakin bertambah dengan pesat.

PPM menawarkan pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan aktiviti dwibahasa, dan para penterjemah, interpreter dan editor kami terdiri daripada mereka yang terlatih, dan diiktiraf. Mereka mempunyai kelayakan, kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam bidang dan disiplin serta penguasaan bahasa masing-masing, dan berupaya menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan menepati waktu.

Skop Kepakaran

  • Penterjemahan
  • Penyuntingan (pengeditan)
  • Interpretasi: Serentak, Berturut, Persidangan, Mahkamah
  • Penyarikataan
  • Transkripsi
  • Perundingan Bahasa
  • Lain-lain
Perkhidmatan Rasmi

Pengesahan Dokumen

Perakuan dan Pengesahan Terjemahan

PPM yang menganggotai FIT (International Federation of Translators) dan dinaungi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), diberi kuasa dan diiktiraf oleh pihak kerajaan di bawah Kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Luar Negeri (KLN), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia, Kedutaan dan Misi Luar Negara dan lain-lain.

Terjemahan yang diperakui sah dan diendors adalah perlu untuk kegunaan rasmi seperti untuk migrasi, pengajian di luar negara, permohonan permit belajar, permohonan permit kerja, permohonan visa, permohonan MM2H (Malaysia My Second Home) dan lain-lain. PPM juga menggunakan bidang kuasanya untuk memperakui terjemahan oleh para ahli PPM dan syarikat swasta berdaftar yang menghasilkan terjemahan, yang disemak terlebih dahulu, untuk kegunaan rasmi.

Contoh Dokumen

  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Perkahwinan/Perceraian
  • Sijil Angkat
  • Dokumen Imigresen
  • Keputusan Akademik
  • Laporan Polis
  • Wasiat
  • Kuasa Wakil
  • Penyata Bank
  • Penghakiman
  • Dekri Nisi
  • Lain-lain
Kepakaran Kami

Bidang Kepakaran & Bahasa

Bidang Kepakaran

Automobil
Perbankan & Kewangan
Biokimia & Bioteknologi
Perniagaan & Pemasaran
Pembinaan
Kimia
Komunikasi
Industri Kosmetik
Pendidikan
Elektronik & Elektrik
Kejuruteraan
Makanan dan Pemakanan
Insurans
Takaful
Pelaburan
Pertanian
Undang-undang
Pelancongan
Perubatan
Pembuatan & Industri
Farmaseutikal
Petroleum
Sains dan Teknologi
Sastera dan Budaya
Sukan
Teknologi Maklumat

Bahasa

Bahasa Melayu
Bahasa Arab
Bahasa Burma
Bahasa Khmer
Bahasa Denmark
Bahasa Belanda
Bahasa Inggeris
Bahasa Perancis
Bahasa Finland
Bahasa Jerman
Bahasa Yunani
Bahasa Hindi
Bahasa Indonesia
Bahasa Itali
Bahasa Jepun
Bahasa Korea
Bahasa Laos
Bahasa Cina
Bahasa Mongolia
Bahasa Nepal
Bahasa Norway
Bahasa Parsi
Bahasa Poland
Bahasa Rusia
Bahasa Sepanyol
Bahasa Tagalog
Bahasa Tamil
Bahasa Thai
Bahasa Turki
Bahasa Urdu
Bahasa Vietnam
Lain-lain
Penyuntingan Terjemahan

Suntingan untuk kandungan profesional dan berisiko tinggi

PPM turut menyediakan khidmat penyuntingan terjemahan bagi bahan korporat, teknikal dan kandungan berkaitan insurans serta takaful untuk memastikan ketepatan istilah, kejelasan mesej dan kesesuaian konteks.

Perlukan Perkhidmatan Kami?

Hubungi kami untuk mendapatkan perkhidmatan penterjemahan profesional