Mengenali Kami

Perihal Kami

Persatuan Penterjemah Malaysia - Sejak 1979

Profil

Fungsi PPM

Mengendalikan, mengurus, mentadbir khidmat menterjemah dan hasil terjemahan secara profesional, jitu dan berwibawa.

Mengesahkan terjemahan yang benar, betul, tepat dan bermutu dari semua aspek untuk semua pelanggan dari badan kerajaan & sektor swasta serta di dalam dan di luar negara.

Menyokong dan memajukan pengiktirafan penterjemahan sebagai suatu kerjaya yang berwibawa dan meningkatkan status penterjemah dalam kalangan masyarakat di dalam dan di luar negara.

Membina dan menatar tenaga penterjemah dan tenaga pakar dalam bidang penterjemahan.

Memperjuangkan hak, status dan kepentingan penterjemah dari segi moral dan material.

Visi

Meningkatkan bidang terjemahan oleh penterjemah yang berwibawa serta profesional agar hasil karya mereka mematuhi serta mencapai tahap piawaian dan amalan yang diiktiraf di peringkat negara dan antarabangsa.

Misi

  • Untuk menghasilkan karya terjemahan yang bermutu tinggi yang tepat padanannya dari segi makna dalam teks asal.
  • Untuk memajukan dan memperjuangkan hak serta kepentingan penterjemah dari segi moral dan material.
  • Untuk menyokong dan memajukankan pengiktirafan penterjemahan sebagai suatu kerjaya yang disegani, dan meningkatkan status penterjemah dalam kalangan masyarakat.
  • Mengendalikan dan mentadbir khidmat menterjemah secara profesional, jitu dan berwibawa.
Sejarah

Perjalanan Kami

1979

Tahun Penubuhan

1900+

Ahli Berdaftar

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ialah sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atas kesedaran perlunya diwujudkan sebuah pertubuhan dalam usaha menggalakkan, melindungi dan seterusnya melestarikan profesionalisme dalam kalangan para penterjemah di Malaysia. Badan ini juga diharapkan dapat memperjuangkan dan mengiktiraf kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.

PPM didaftarkan pada 4 Oktober 1979 dan telah mula bergerak aktif dengan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif dalam kalangan penterjemah, jurubahasa, ahli bahasa, pakar terminologi dan perkamusan, editor profesional di Malaysia.

Kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,900 ahli yang terdiri daripada para sarjana, ilmuwan, penulis, editor dan penyelidik dalam bidang terjemahan, dan para pengamal terjemahan dan interpretasi, sama ada secara sepenuh masa mahupun secara sambilan.

Tujuan Asas

Antara tujuan asas persatuan yang beribu pejabat di Kuala Lumpur ini termasuklah mempererat hubungan dan memperkukuh kerjasama di antara mereka demi mendalami ilmu berkaitan dan meningkatkan mutu terjemahan mereka serta memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dan memperkaya kepustakaan dalam Bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu.

Kepimpinan Terdahulu

Mantan Presiden

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Mantan Presiden

Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh

Tan Sri Azizah Abdul Ghani

Mantan Presiden

Tan Sri Azizah Abdul Ghani

Prof. Dato' Dr. Mohd Mansor Haji Salleh

Mantan Presiden

Prof. Dato' Dr. Mohd Mansor Haji Salleh

Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Mantan Presiden

Prof. Emeritus Abdullah Hassan

Rujukan Profesional

Kod Etika

Garis panduan etika untuk amalan penterjemahan dan kejurubahasaan yang profesional.

Kod Etika Penterjemah & Jurubahasa

Rujuk prinsip profesional, kerahsiaan, ketepatan dan tanggungjawab ahli PPM dalam satu halaman dwibahasa.

Buka Kod Etika
Struktur Organisasi

Carta Organisasi

Struktur kepimpinan dan pentadbiran Persatuan Penterjemah Malaysia

Carta Organisasi

Telusuri barisan kepimpinan, ahli majlis dan urus setia PPM bagi sesi 2025 - 2027 dalam paparan yang lebih tersusun dan mudah dirujuk.

Kandungan

Presiden, ahli majlis dan urus setia.

Sesi Semasa

Struktur rasmi PPM untuk tempoh 2025 - 2027.

Akses Pantas

Lihat Carta Penuh

Buka halaman khusus untuk melihat susunan jawatan dan nama penuh setiap ahli jawatankuasa.

Buka Carta Organisasi

Sertai Keluarga PPM

Jadilah sebahagian daripada komuniti penterjemah profesional Malaysia dan nikmati pelbagai manfaat keahlian