Secara Dalam Talian
Sesi fleksibel yang mudah diakses dari mana-mana lokasi, sesuai untuk peserta yang mahu belajar secara interaktif tanpa perlu hadir secara fizikal.
Kursus & Latihan
Program latihan profesional untuk meningkatkan kemahiran penterjemahan
Tentang Kursus
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan siri kursus pendek penterjemahan untuk tahun 2026. Kursus-kursus ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan para penterjemah profesional dan mereka yang berminat dalam bidang penterjemahan.
Sesi fleksibel yang mudah diakses dari mana-mana lokasi, sesuai untuk peserta yang mahu belajar secara interaktif tanpa perlu hadir secara fizikal.
Sesi fizikal yang lebih fokus untuk interaksi langsung, perbincangan mendalam dan pengalaman pembelajaran yang lebih rapat dengan penatar.
Senarai Kursus
Kursus ini memberi pengetahuan kepada penterjemah dan jurubahasa tentang prinsip etika dan tatakelakuan yang baik dalam kerjaya mereka.
Penatar
Tuan Bashir Basalamah
Kandungan penuh
Perbincangan dalam kursus akan merangkumi pemahaman tentang prinsip-prinsip kod etika dan tatakelakuan dalam penterjemahan. Pemahaman tentang kod etika ini akan menjadi panduan kepada penterjemah dalam menangani isu etika yang kompleks dalam kerjaya, serta membantu mereka membuat keputusan yang beretika dalam melaksanakan tugas dalam ruang lingkup penterjemahan. Kursus ini juga membolehkan penterjemah dan jurubahasa meningkatkan kepekaan tentang tanggungjawab mereka terhadap pelanggan, rakan sekerja, pihak berkepentingan, masyarakat dan institusi terjemahan. Kursus ini juga merupakan satu daripada syarat wajib untuk pentauliahan penterjemah oleh Persatuan Penterjemah Malaysia.
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar untuk memahami dan menyesuaikan unsur bahasa serta konteks budaya sumber kepada budaya sasaran secara tepat.
Penatar
Dr. Noor Ida Ramli · PM Dr. Norhazlina Husin
Kandungan penuh
Pada akhir kursus, pelajar dapat: 1. Mengenal pasti unsur budaya dalam teks sumber dengan tepat. 2. Menganalisis perbezaan nilai, norma dan konteks budaya antara bahasa sumber dan bahasa sasaran. 3. Mengaplikasikan strategi penterjemahan yang sesuai bagi menangani unsur budaya dalam teks. 4. Menghasilkan terjemahan yang mengekalkan makna serta kesesuaian budaya sasaran. 5. Kursus ini merupakan satu daripada syarat wajib untuk menduduki Ujian Pentauliahan Penterjemah.
Kursus ini memperkenalkan prinsip asas, teori dan teknik penterjemahan bahasa Arab ke bahasa Melayu. Peserta mempelajari aspek morfologi, sintaksis, laras bahasa dan peristilahan serta kesannya terhadap penterjemahan.
Penatar
Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah · Prof Madya Dr. Lubna Abd Rahman
Kandungan penuh
Melalui latihan amali menterjemah pelbagai jenis teks, peserta dapat menghasilkan terjemahan yang tepat, menepati maksud teks asal dan berkualiti tinggi.
Kursus ini memberi pendedahan kepada penyuntingan pasca-terjemahan AI bagi memastikan hasil terjemahan tepat, lancar dan sesuai dengan konteks serta gaya penulisan.
Penatar
Dr. Norwati Mohd. Yusoff · Tn. Muhammad Razin Ong Abdullah
Kursus dua hari ini memperkenalkan asas pasca penyuntingan terjemahan AI dan Terjemahan Mesin (MT). Peserta akan mempelajari teknik menilai, menyunting dan memperbaiki output AI dan MT bagi memastikan ketepatan, kualiti serta kesesuaiannya dengan keperluan profesional.
Penatar
Pn. Shakirah Md Zain · Dr. Norizah binti Ardi
Kandungan penuh
Kursus ini turut merangkumi kesalahan lazim, strategi pasca penyuntingan, aspek etika, serta latihan praktikal bagi membangunkan kemahiran menghasilkan terjemahan yang lebih berkualiti dan efisien.
Kursus ini memperkenalkan prinsip, teori dan teknik penterjemahan bahasa Arab-bahasa Melayu serta latihan amali bagi menghasilkan terjemahan yang tepat, berkualiti dan sesuai dengan teks asal.
Penatar
Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah · Prof Mayda Dr. Lubna Abd Rahman
Kandungan penuh
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memperkenalkan prinsip asas, teori dan teknik bagi penterjemahan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, peserta juga akan diberi pengetahuan tentang morfologi, sintaksis, laras dan peristilahan dalam penterjemahan, serta impaknya terhadap penterjemahan bahasa Arab - bahasa Melayu. Kursus ini juga memberikan penekanan terhadap aspek penulisan yang berkesan menerusi latihan amali dalam penterjemahan teks al-Quran, teks nas dan syarah Hadis, teks pengajian Islam dan dakwah, teks kreatif, teks komunikasi massa dan teks pelancongan dalam bahasa Arab. Pada akhir kursus para peserta akan dapat menghasilkan terjemahan yang bertepatan dengan kehendak dan maksud teks asal di samping memastikan teks terjemahan yang dihasilkan bermutu tinggi.
Kursus ini memberi pendedahan kepada teori, konsep, kaedah dan pendekatan penterjemahan teks kreatif serta perbezaan bahasa dan budaya dalam teks sastera Inggeris-Melayu.
Penatar
Pn. Fatimah Zainal · Pn. Fatimah Rodhiah Mohd Yusof
Kandungan penuh
Kursus Intensif Penterjemahan Kreatif ini bertujuan untuk menyampaikan pengetahuan kepada peserta tentang teori, konsep, kaedah dan pendekatan yang lazim digunakan dalam penterjemahan teks kreatif. Para peserta juga akan diberikan pendedahan tentang bentuk kata dan ujaran, konotatif, gaya kreatif budaya yang beraneka, rona yang berbeza dan citra beragam yang lazim ditemui dalam teks sastera bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Pemahaman tentang perbezaan elemen bahasa dan latar budaya dalam menyalurkan kreativiti akan memudahkan tatacara penterjemahan dan teks kreatif yang diterjemahkan akan kelihatan sejadi dan asli dalam bahasa sasaran.
Kursus lanjutan ini memberi pendedahan kepada asas penyuntingan terjemahan, penggunaan simbol pruf serta penghasilan suntingan berkualiti mengikut piawaian Bahasa Melayu.
Penatar
Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah · Dr Noor Ida Ramli
Kandungan penuh
Kursus ini merupakan kursus lanjutan bagi kursus penterjemahan yang memberikan pengetahuan tentang asas penyuntingan penggunaan simbol pruf, perbandingan bahasa dan melatih peserta menghasilkan penyuntingan terjemahan yang bermutu piawaian makna, tatabahasa, genre, bidang dan gaya penulisan dalam bahasa Melayu.
Kursus ini memberi pendedahan tentang sistem bahasa Melayu merangkumi tatabahasa, laras bahasa, pragmatik serta aspek kesantunan dan ragam bahasa dalam penggunaan yang betul mengikut konteks.
Penatar
Dr. Hasmidar Hassan · Pn. Atiah Hj. Mohd. Salleh
Kandungan penuh
Peserta yang mengikuti kursus bahasa Melayu Tinggi ini akan diberi pendedahan tentang sistem bahasa Melayu (tatabahasa), pengetahuan tentang makna kata dan ujaran dalam pelbagai bidang (laras bahasa), pengetahuan ilmu pragmatik (penggunaan bahasa yang betul dari segi makna mengikut konteks dan situasi yang betul) dan aspek kesantunan yang melibatkan panggilan hormat dan bentuk sapaan yang betul serta ragam bahasa yang wujud dalam bahasa Melayu.
Kursus ini memberi pendedahan kepada penggunaan perisian memori penterjemahan serta alat terjemahan dalam talian untuk menghasilkan terjemahan yang berkualiti.
Penatar
Dr. Norwati Md Yusof · Tn. Muhammad Razin Ong Abdullah
Kandungan penuh
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada peserta tentang penggunaan perisian memori penterjemahan, SDL, Trados. Pada akhir kursus ini, peserta dapat menghasilkan teks terjemahan yang baik dengan menggunakan perisian ini. Kursus ini juga akan memperkenalkan alatan terjemahan dalam talian yang lain yang biasa digunakan oleh penterjemah dalam rutin kerja seharian.
Kursus ini memberi pendedahan kepada prinsip asas, pendekatan dan teknik penyarikataan bagi menghasilkan sari kata yang berkesan, sesuai genre dan mudah difahami.
Penatar
Dr. Hasuria Che Omar · Pn. Suhaili Khalidi · Pn. Rohaya Ngah
Kandungan penuh
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan prinsip asas penyediaan sari kata, pendekatan yang berkaitan serta teknik-teknik penyarikataan yang praktis untuk menghasilkan sari kata yang lebih berkesan, menarik, sesuai dengan genre program dan mudah difahami oleh penonton. Pasangan bahasa yang diberikan ialah bahasa Inggeris - bahasa Melayu. Namun, perbincangan tentang pasangan bahasa lain selain bahasa ini juga akan diadakan.
Kursus ini memberi pendedahan dan kefahaman tentang Kod Etika dan Tatakelakuan penterjemah dan jurubahasa sebagai asas amalan profesional yang berintegriti, bertanggungjawab dan beretika.
Penatar
Tn. Bashir Basalamah
Kandungan penuh
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai Kod Etika dan Tatakelakuan Penterjemah dan Jurubahasa Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) sebagai asas penting dalam amalan profesional penterjemahan dan kejurubahasaan. Kursus ini menekankan prinsip-prinsip utama seperti integriti dan kebebasan profesional, kerahsiaan, kesaksamaan, kecekapan, ketepatan, hubungan profesional, pembangunan profesional berterusan serta solidariti dalam profesion. Melalui kursus ini, peserta diharap dapat memahami tanggungjawab etika dalam menerima dan melaksanakan tugasan secara profesional, beramanah dan berintegriti, di samping memelihara kredibiliti, reputasi serta kelestarian profesion penterjemahan dan kejurubahasaan.
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh tentang pembinaan kerjaya penterjemah profesional, merangkumi kemahiran, pengurusan klien dan projek, serta urusan perjanjian dan bayaran.
Penatar
Pn. Shakirah Md. Zain · Pn. Rosidah Mohamad
Kandungan penuh
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberikan pengetahuan kepada peserta tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seseorang penterjemah professional dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjadi seorang penterjemah professional yang berwibawa. Peserta juga akan memperoleh pengetahuan tentang cara-cara untuk membuat project tracker, memahami kontrak projek terjemahan, penyediaan invois, resit, tatacara berkomunikasi dengan pelanggan dan lain-lain.
Kursus pengenalan teknik dan kaedah penterjemahan bahasa Cina.
Penatar
Dr. Chow Yean Fun · Dr. Lee Pin Ling
Kandungan penuh
Kursus ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada peserta tentang pelbagai teknik dan strategi yang boleh digunakan dalam penterjemahan bahasa Cina bagi memenuhi fungsi dan tujuan penterjemahan. Peserta juga akan diperkenalkan dengan pendekatan yang boleh digunakan untuk menangani dan menyelesaikan masalah dalam penterjemahan pasangan bahasa Melayu/bahasa Inggeris - bahasa Cina dan pasangan bahasa Inggeris/bahasa Cina - bahasa Melayu. Penyuntingan terjemahan untuk pasangan bahasa ini juga akan diajarkan, sama ada secara digital ataupun secara insani agar keperluan pelanggan dapat dipenuhi. Peserta akan dibimbing dengan diberikan contoh-contoh terjemahan yang tepat dan bersesuaian dengan konteks kursus.
Kursus pengenalan kemahiran antarabudaya dalam kerja penterjemahan serta komunikasi silang budaya.
Penatar
Dr. Noor Ida Ramli · PM Dr. Norhazlina Husin
Kandungan penuh
Kursus ini bertujuan untuk membimbing penterjemah memahami dan menguasai kecekapan silang budaya dalam kerja penterjemahan, selaras dengan peranan penterjemah sebagai pengantara bahasa dan budaya dalam era globalisasi. Kursus dua hari ini memperkenalkan peserta kepada teori dan konsep berkaitan budaya, termasuk konteks budaya tinggi dan rendah, dimensi budaya dalam terjemahan, komunikasi antara budaya serta adaptasi silang budaya, di samping memberi peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut melalui aktiviti amali seperti kajian kes, main peranan dan sesi interaktif. Penekanan turut diberikan kepada penyesuaian budaya, pengendalian kandungan sensitif budaya, aspek etika dan profesionalisme serta strategi praktis penterjemahan bagi memastikan terjemahan yang dihasilkan bukan sahaja tepat dari segi bahasa, malah sesuai dan dapat diterima dengan baik oleh khalayak sasaran.
Kursus pengenalan yang menekankan aspek makna, pemasaran, penjenamaan dan transciptaan untuk khalayak sasaran.
Penatar
Dr. Syed Nurulakla Syed Abdullah
Hubungi kami untuk maklumat lanjut mengenai kursus-kursus yang ditawarkan.