Kerjasama & Rangkaian

Afiliasi

Afiliasi PPM merangkumi keanggotaan antarabangsa, kerjasama strategik, serta arkib MoU/MoA dan artikel berkaitan.

Paparan Utama

Rangkaian PPM di Peringkat Antarabangsa dan Tempatan

Antarabangsa

Keanggotaan PPM di Peringkat Antarabangsa

PPM membina kehadiran global melalui jaringan profesional yang menghubungkan penterjemah Malaysia dengan badan-badan serantau dan antarabangsa.

Persekutuan Penterjemah Antarabangsa atau International Federation of Translators (FIT) menghimpunkan lebih 120 persatuan daripada kira-kira 60 buah negara dan mewakili lebih 80,000 penterjemah, jurubahasa serta terminologis di seluruh dunia. FIT juga mempunyai status perundingan dengan UNESCO dan beribu pejabat di Paris, Perancis.

PPM diterima sebagai ahli penuh FIT mulai tahun 2017 selepas terlebih dahulu menjadi ahli pemerhati sejak 2008. Melalui penglibatan ini, PPM turut mengambil bahagian dalam jaringan serantau seperti APTIF untuk memperkukuh pertukaran ilmu, pembangunan profesional, dan representasi bidang penterjemahan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Afiliasi PPM

Untuk maklumat lanjut tentang kerjasama, penerbitan, atau jaringan profesional, pembaca boleh terus ke halaman hubungan rasmi PPM.

Hubungi Kami