Forum Antarabangsa Persekutuan Penterjemah Sedunia (FIT) – Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)

Ditulis oleh :

Forum Antarabangsa FIT-PPM telah diadakan pada 21 Januari 2024 di Kuala Lumpur, yang melibatkan Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Majlis FIT. Prof. Madya Mohamed Zain Sulaiman telah mengendalikan forum tersebut yang menampilkan tiga penceramah terkemuka iaitu, Puan Alison Rodriguez (Presiden FIT), Prof. Eleanor Cornelius (Naib Presiden FIT/ Naib Pengerusi Pusat Serantau FIT Afrika), dan Puan Alejandra Jorge (Naib Presiden FIT/ Mantan Pengerusi Pusat Serantau FIT Amerika Latin).

Objektif utama forum ini adalah untuk menekankan peranan FIT dalam bidang penterjemahan masa kini dan untuk membincangkan hala tuju ke hadapan. Dalam penyampaian beliau, Puan Rodriguez membentangkan gambaran keseluruhan profil FIT dan membincangkan beberapa isu terkini yang mempengaruhi bidang penterjemahan termasuk fenomena kercedasan buatan (AI) yang menggemparkan dunia. Pembentangan Prof. Cornelius yang menyeluruh tentang penterjemahan di Afrika Selatan, terutamanya, peranan institusi-institusi dalam mengendalikan fenomena kepelbagaian bahasa di Afrika Selatan. Akhir sekali, Puan Jorge berkongsi pandangan berharga mengenai pusat-pusat wilayah FIT yang dinamik di seluruh dunia, lebih-lebih lagi Pusat Wilayah Amerika Latin. Forum diakhiri dengan sesi soal jawab yang rancak bersama lebih kurang 60 orang hadirin yang terdiri daripada ahli profesional industri penterjemahan, pelajar dan ahli akademik.

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn