Kerjasama antara Universiti Malaya dengan Persatuan Penterjemah Malaysia

Ditulis oleh :

Persatuan Penterjemah Malaysia dan Fakulti Bahasa dan Linguistik (PBL), Universiti Malaya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pada 7 Mac 2017. Memorandum Persefahaman ini ditandatangai oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Yg. Bhg. Tan Sri Profesor Dr. Mohd Amin Jalaludin dengan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), YBhg. Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Majlis menandatangani MOU ini  menandakan bermulanya kerjasama yang rapat antara FBL dengan PPM. Objektif memorandum ini adalah untuk menyerlahkan kepentingan kerjasama antara Institut Pengajian Tinggi, UM, dengan badan profesional, PPM, dalam  memperkembangkan kolaborasi pendidikan dan profesionalisme dalam bidang penterjemahan, dengan harapan untuk membawa manafaat kepada para pelajar, pensyarah dan ahli persatuan berkenaan.

Melalui MOU yang telah ditandatangani, UM dengan PPM telah mengadakan 2 jenis kerjasama untuk tahun 2017, iaitu latihan Industri di PPM dan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-16. Dua pelajar daripada Fakulti Bahasa dan Linguistik telah menjalani latihan industri di PPM pada sesi Jun-Ogos 2017. Mereka ialah Saudari Loh Mun Teng dan Saudari Nur Fadilah Binti Jamalkhir. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-16 juga berjaya diadakan pada 8-10 Ogos 2017.

Nama Projek: Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-16 (PPA-16)

Tarikh: 8-10 Ogos 2017 (Selasa-Khamis)

Tempat: Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya

Pengenalan:

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-16 anjuran Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Perbadanan Kota Buku, yang bertemakan “Nilai Penterjemahan dalam Masyarakat”, yang bersidang selama 3 hari dari 8 hingga 10 Ogos 2017, di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, berjaya menghimpunkan  91 orang peserta berbayar dan  pemakalah dari 23 negara,  antaranya Algeria, Australia, Brunei, China, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Iran, Iraq, Kazakhstan, Belanda, Nigeria, Pakistan, Qatar, Rusia, Afrika Selatan, Thailand, United Kingdom dan Amerika Syarikat. 

Tema:

Tema utama PPA-16 ialah “NILAI PENTERJEMAHAN DALAM MASYARAKAT”. Persidangan ini menumpukan perhatian kepada nilai penterjemahan dengan meneliti bagaimana aktiviti ini memudahkan komunikasi dalam budaya, antara budaya dan silang budaya dalam kalangan kumpulan masyarakat yang berbeza-beza, dan bagaimana penterjemahan membantu menangani keperluan sosial untuk masyarakat yang kompleks. Melalui perkongsian pengetahuan, persidangan ini berharap dapat mengetengahkan nilai penterjemahan dengan membincangkan isu-isu yang berkaitan, dengan tujuan menyumbang kepada penyelidikan tentang terjemahan dalam pelbagai bidang seperti Perniagaan, Budaya, Pendidikan, serta Sains dan Teknologi.

Antara subtemanya termasuklah:

  • Penterjemahan dan budaya
  • Penterjemahan dan ekonomi/ undang-undang
  • Penterjemahan dan politik
  • Penterjemahan dan isu sosial
  • Penterjemahan untuk kanak-kanak
  • Penterjemahan untuk pendidikan
  • Penterjemahan untuk agama
  • Penterjemahan dan linguistik
  • Aspek praktikal dalam penterjemahan

Kertas Kerja:

Sebanyak 79 buah kertas kerja telah dibentangkan dalam persidangan tersebut: 4 pengucap utama, 6 pembentang kertas dasar, 1 pembentang khas dan 68 pembentang biasa.

Pengucap utama: 

  1. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Hajah Asmah Haji Omar (Universiti Malaya, Malaysia): Tajuk pembentangan – Text and Translation
  2. Profesor Anil Dhingra (Jawaharlal Nehru University, India): Tajuk pembentangan –Translation and Interpreting in the Era of Globalization
  3. Profesor Kirsten Malmkjaer (University of Leicester, UK): Tajuk pembentangan – Translation Skills for All.
  4. Mr. A. Palaniappan (Head of Tamil Resource Panel, National Translation Committee, Singapore): Tajuk pembentangan – Community-in-translation

Pembentang kertas dasar: 

  1. Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar (Naib Presiden, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM): “Nilai Terjemahan berdasarkan Persona, Proses dan Produk: Satu Refleksi dari Sudut Profesionalisme”
  2. Tuan Mohd Khair Ngadiron (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)): “Nilai Penterjemahan dalam Masyarakat (Rekayasa Kebudayaan dalam Penterjemahan)”
  3. Dr. Soh Bee Kwee (Ketua Jabatan, Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL, UM)): “Bidang Penterjemahan di Fakulti Bahasa dan Linguistik”
  4. YBhg. Datuk Haji Abdul Adzis Abas (Ketua Pengarah) yang diwakili oleh Puan Padilah binti Haji Ali (Pengarah Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka): “Dari Anak Raja dengan Anak Papa ke Luka Nering: Kelangsungan Penterjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka”
  5. Profesor Dr. Puteri Roslina Abdul Wahid (Pengarah, Akademi Pengajian Melayu UM): “Penterjemahan dan Industri Bahasa : Sepintas Lalu Suasana di Malaysia”
  6. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd. Mustar (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku): “Kepentingan Penterjemahan ‘Copywriting’: Untuk Tujuan Perdagangan Kandungan”

Pembentang khas:

  1. Tuan Mohamad Sazali Shaari (Presiden, Persatuan Orang Pekak Malaysia): “Sign Language is a Language too!”

Perasmi PPA16:

Perasmi PPA16 ialah Profesor Dr. Awg Bulgiba Awg Mahmud (Menjalankan Fungsi Naib Canselor UM) yang telah diwakili oleh Profesor Dr. Noorsaadah Binti Abd Rahman (Timbalan Naib Canselor (P&I), UM).

Pelancaran Buku:

Sebanyak 5 buah buku telah dilancarkan

1) 111 translation of Sang Kancil and Sang Buaya

             Editors: Hans Volker Wolf, Looi Wai Ling, Stefanie Pillai, Adriana Phillip
             University Malaya

2) Hikayat Pandawa Jaya

Editor: Liubov Goriaeva

Dewan Bahasa Dan Pustaka

3) Penterjemahan Sastera – Panduan Amali

(Literary Translation – A Practical Guide)

Editor: Clifford E. Landers

Translation by: Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)

Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia

4) Terjemahan Masa Kini – Trend dan Perspektif

(Translation Today – Trends and Perspective)

Editors: Gunilla Anderman and Margaret Rogers (ed.)

Translation by: Anis Shahirah Abdul Sukur and Haniza Lockman

5) Modal Teroka 

(Mavcap)

Editor: Profesor Emeritus Abdullah Hassan

PTS Publishing House

Resolusi:

PPA-16 telah mengemukakan resolusi seperti yang berikut:

  1. Mewujudkan program yang diakreditasi dinamakan Sarjana Muda Industri Bahasa. Bidang penterjemahan MESTI dimasukkan di dalam program ini untuk melahirkan graduan yang bersiap sedia dengan kepakaran teori dan praktikal bagi memasuki industri bahasa. 
  2.  Dewan Bahasa dan Pustaka mempertingkatkan kegiatan pengistilahan agar istilah bahasa Melayu dapat dikemaskinikan mengikut keperluan semasa. 
  3. Pemain dalam industri bahasa menambahkan lagi terjemahan dalam bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat dalam kalangan pengguna internet yang mahu mendapatkan maklumat di dalam bahasa Melayu. 
  4.  Perancangan strategik oleh pihak berwibawa meletakkan bahasa sebagai aspek penting dalam industri. Kerjasama perlu digerakkan antara Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, bersama-sama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia atau Kementerian Pertanian Industri Asas Tani Malaysia, untuk mengangkat bahasa sebagai satu aspek industri yang penting. Sektor swasta tidak mempunyai dana yang diperlukan. Setakat ini, belum wujud lagi satu kementerian khusus untuk industri bahasa. 
  5. Memperkenalkan Bahasa Isyarat pada peringkat sekolah rendah. 
  6. Menawarkan program/kursus/latihan Bahasa Isyarat pada tahap pendidikan tinggi sebagai elektif/minor/major. 
  7. Mempertingkatkan penghargaan dan penerimaan para jurubahasa Bahasa Isyarat sebagai ahli profesional. 
  8. Mewujudkan kolaborasi dan kajian berbentuk akademik bersama-sama dengan Persatuan-persatuan Pekak 
  9. Bagi mereka yang berminat menjadikan penterjemahan sebagai satu profesion: Senario SOHO (Small office Home office) – pelatihan dan kerja dari rumah dipertingkatkan serta penyediaan kemudahan dan pengetahuan teknologi terkini bagi melancarkan proses kerja dan menghasilkan pulangan pelaburan yang baik (ROI). 

Output Persidangan:

Beberapa output dijangka dihasilkan daripada persidangan tersebut: 

  1. 2 buah buku (dengan kerjasama APM)
  2. Permohonan geran penterjemahan buku 
  3. Kerjasama berterusan dengan Persatuan Penterjemah Malaysia
  4. Kerjasama dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia
  5. Kerjasama dengan Jawaharlal Nehru University (Hispanic Studies)

Ahli Jawatankuasa:

Kerjasama dan komitmen dari staf akademik dan staf pelaksana telah membantu menjayakan persidangan tersebut. 

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn