Afiliasi

antarabangsa

Keanggotaan PPM di Peringkat Antarabangsa

Persekutuan Penterjemah Sedunia atau lebih dikenali sebagai FIT ialah sebuah pertubuhan sedunia yang terdiri daripada lebih 120 organisasi dan persatuan profesional penterjemahan nasional dari 60 negara. FIT mewakili lebih daripada 80,000 penterjemah di seluruh dunia. Ia juga sebuah pertubuhan yang mendapat status agensi perunding UNESCO. Akronim FIT berasal daripada bahasa Perancis pertubuhan tersebut, iaitu Fédération Internationale des Traducteurs. Kini, FIT beribu pejabat di Paris.

Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) diundang menghadiri Kongres Statutori untuk diterima keanggotaannya secara rasmi sebagai Ahli Penuh FIT mulai tahun 2017. Sebelum itu PPM memilih untuk menganggotai FIT sebagai Anggota Pemerhati sejak tahun 2008. Nombor keanggotaan PPM ialah M132. PPM juga telah dipilih sebagai ahli majlis APTIF (Asia Pacific Translators and Interpreters Forum) yang merupakan cabang FIT bagi rantau Asia Pasifik.  

Mou/MoA

Artikel-Artikel Afiliasi Antarabangsa

FIT 2021 EXTRAORDINARY CONGRESS

SATURDAY, 12 JUNE 2021 A virtual Extraordinary Congress was held on 12 June 2021, 2 pm (Paris time)/8 pm (Malaysia time), to enable delaying Statutory Congress and the XXII World

Seminar Penterjemahan Antarabangsa III, 2020

Pada tahun 2020, Fakulti Bahasa dan Linguistik (FBL), Universiti Malaya dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) telah mengadakan Seminar Penterjemahan Antarabangsa III: Masa Depan Penterjemahan pada 12 Dis 2020. Sebanyak 3 sarjana terkenal

Seminar Penterjemahan Antarabangsa II, 2019

Seminar Terjemahan Antarabangsa II: Penterjemah dalam Ekonomi Internet telah diadakan pada 15 November 2019 di Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya. Seminar ini merupakan seminar terjemahan kedua yang dianjurkan dengan

Syarahan Umum oleh Profesor Anthony Pym

Bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan penterjemah Malaysia (PPM), Jawatankuasa Forum, Syarahan dan Bengkel telah mengadakan Majlis Syarahan Umum yang telah disampaikan oleh Profesor Anthony Pym dari Universiti Melbourne,