Mesyuarat dan Forum APTIF9 di Hankuk University of Foreign Studies, Korea Selatan

Ditulis oleh :

Mesyuarat dan Forum Asia-Pacific Translation and Interpreting Forum (APTIF) kali ke-9 telah berlangsung pada 3 – 7 Julai di Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea Selatan. Pihak PPM telah menghantar 5 orang wakil yang terdiri daripada Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar (Naib Presiden), Dr. Dahlina Daut Mohmud (Penolong Setiausaha Kehormat), Puan Hajah Fatimah Zainal (Bendahari Kehormat), Puan Chow Yean Fun (ahli PPM) dan Cik Emilda Markun (Urus Setia PPM).

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan telah mewakilkan Prof. Madya Dr. Hasuria bagi menggantikan beliau untuk menghadiri Mesyuarat APTIF kali ke-9 pada 3 & 4 Julai 2019 yang turut disertai oleh Dr. Dahlina Daut Mohmud dan Puan Hajah Fatimah Zainal. Sebelum mesyuarat tersebut, undian telah dibuat secara dalam talian bagi memilih ahli majlis APTIF dan Presiden PPM telah mendapat undi tertinggi, 9/10.  Manakala Forum APTIF ke-9 yang diadakan pada 5 – 7 Julai telah disertai oleh Profesor Madya Dr. Hasuria Che Omar dan Saudari Chow Yean Fun bertemakan Reality vs Illusion: From Morse Code to Machine Translation. Input yang diperoleh daripada forum tersebut diharap dapat memberi manfaat kepada Persatuan. APTIF kali ke-10 pula akan diadakan pada tahun 2022 di BFSU, Beijing berdasarkan undi tertinggi melalui proses pembidaan oleh China dan Myanmar.

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn