Syarahan Umum oleh Profesor Anthony Pym

Ditulis oleh :

Bagi menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan oleh Persatuan penterjemah Malaysia (PPM), Jawatankuasa Forum, Syarahan dan Bengkel telah mengadakan Majlis Syarahan Umum yang telah disampaikan oleh Profesor Anthony Pym dari Universiti Melbourne, Australia pada 23 Ogos 2019 di Dewan Bankuet, Aras 1, Podium, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tajuk syarahan ini ialah Penterjemahan Sebagai Suatu Pengurusan Risiko. Dr. Noor Ida Ramli, Pengerusi Jawatankuasa Forum, Syarahan dan Bengkel bertindak sebagai pengerusi syarahan. Seramai kira-kira 100 orang peserta telah mengikuti syarahan umum ini yang terdiri daripada penterjemah bebas, pensyarah, jurubahasa dan sebagainya. 

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan sesi memperkenalkan tokoh oleh Dr. Dahlina Daut selaku wakil PPM. Syarahan yang berlangsung selama dua (2) jam berakhir dengan sesi soal jawab. Antara soalan yang ditanyakan ialah soalan dari wakil Yayasan Al-Bukhari iaitu bagaimana menterjemah perkataan budaya yang khusus dan tidak digunakan lagi. Soalan dari wakil SUHAKAM iaitu bagaimana  untuk berurusan dengan terjemahan yang melibatkan bahasa-bahasa yang kecil bilangan penutur serta perlukah menterjemah bahasa kumpulan minoriti tersebut. 

Secara kesimpulannya, Profesor Pym menjelaskan bahawa terjemahan sebagai suatu pengurusan risiko melibatkan akal budi. Semasa menterjemah, penterjemah perlu menggunakan idea, pengalaman dan menilai tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan maklumat yang diterjemahkan. Ketika menterjemah, seseorang boleh menggunakan apa-apa cara sekalipun asalkan tindakannya mencapai tujuan terjemahan dan memenuhi kehendak klien. 

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn