Hari Terjemahan Antarabangsa 2026
Kembali ke Utama
Berita & Aktiviti23 September 2026

Hari Terjemahan Antarabangsa 2026

Kepelbagaian Bahasa, Hak Bahasa: Kuasa untuk Difahami

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi. Bahasa membawa identiti, budaya, pengalaman dan suara setiap komuniti.

Dalam dunia yang semakin saling terhubung, terjemahan memainkan peranan penting dalam memastikan lebih ramai manusia dapat memahami dan difahami, tanpa mengira bahasa yang dituturkan.

Penterjemah dan jurubahasa membantu membuka ruang kepada ilmu, maklumat dan komunikasi merentas sempadan.

Sempena Hari Terjemahan Antarabangsa 2026, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) meraikan semua penterjemah, jurubahasa dan penggiat bahasa yang terus menjadi jambatan antara bahasa dan budaya.

Kerana apabila bahasa difahami, manusia lebih dekat untuk saling memahami. 🌏

Kongsi:
Lihat Aktiviti Lain