Afiliasi
antarabangsa
Keanggotaan PPM di Peringkat Antarabangsa
Persekutuan Penterjemah Sedunia atau lebih dikenali sebagai FIT ialah sebuah pertubuhan sedunia yang terdiri daripada lebih 120 organisasi dan persatuan profesional penterjemahan nasional dari 60 negara. FIT mewakili lebih daripada 80,000 penterjemah di seluruh dunia. Ia juga sebuah pertubuhan yang mendapat status agensi perunding UNESCO. Akronim FIT berasal daripada bahasa Perancis pertubuhan tersebut, iaitu Fédération Internationale des Traducteurs. Kini, FIT beribu pejabat di Paris.
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) diundang menghadiri Kongres Statutori untuk diterima keanggotaannya secara rasmi sebagai Ahli Penuh FIT mulai tahun 2017. Sebelum itu PPM memilih untuk menganggotai FIT sebagai Anggota Pemerhati sejak tahun 2008. Nombor keanggotaan PPM ialah M132. PPM juga telah dipilih sebagai ahli majlis APTIF (Asia Pacific Translators and Interpreters Forum) yang merupakan cabang FIT bagi rantau Asia Pasifik.
Mou/MoA
Artikel-Artikel Afiliasi Antarabangsa

Pelancaran Rasmi FIT Asia (FIT Rantau Asia), di Kuala Lumpur, Malaysia (20 Januari 2024)
Pelancaran Rasmi FIT Asia (FIT Rantau Asia), di Kuala Lumpur, Malaysia 20 Januari 2024 Sebagai tuan rumah bagi program yang bersejarah ini, Persatuan Penterjemah Malaysia dengan besar hati mengumumkan

Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Majlis Persekutuan Penterjemah Antarabangsa (FIT), Kuala Lumpur, Malaysia (18-20 Januari 2024)
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Majlis Persekutuan Penterjemah Antarabangsa (FIT), Kuala Lumpur, Malaysia 18-20 Januari 2024 Pada 18-20 Januari 2024, Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) telah menjadi tuan rumah kepada

FIT Webinar | Ethics in Court and Legal Interpreting
Saturday (16 December 2023) 3PM – 5PM CET FIT is organising a free webinar (open to all) on ethics in court and legal interpreting with Tony Rosado on Saturday, 16


