Pelancaran Rasmi FIT Asia (FIT Rantau Asia), di Kuala Lumpur, Malaysia (20 Januari 2024)

Ditulis oleh :

Pelancaran Rasmi FIT Asia (FIT Rantau Asia),

di Kuala Lumpur, Malaysia

 

20 Januari 2024

Sebagai tuan rumah bagi program yang bersejarah ini, Persatuan Penterjemah Malaysia dengan besar hati mengumumkan tentang Pelancaran Rasmi FIT ASIA telah diadakan dengan jayanya di Kuala Lumpur pada 20 Januari 2024.  Pelancaran ini telah diadakan bersempena dengan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif dan Mesyuarat Majlis FIT pada 18-20 Januari 2024, di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur.  

 

Pusat serantau Asia yang baharu ini dibina berasaskan kerjasama kukuh yang sedia ada Asia Pacific Translation and Interpreting Forum (APTIF).  Menerusi usaha Jawatankuasa bersama APTIF, FIT ASIA telah ditubuhkan sebagai pusat serantau FIT yang kelima selepas penubuhan FIT Eropah, FIT Amerika Utara, FIT Amerika Latin, dan yang terbaharu ialah penubuhan FIT Afrika (2023).  Objektif penubuhan FIT ASIA adalah untuk menjayakan keperluan profesional, budaya dan akademik, dan penubuhan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang kecil dan peraturan serta prosedur FIT. Penubuhan ini juga bermatlamat untuk memenuhi keperluan pertubuhan profesional di wilayah Asia.  

 

Penubuhan pusat serantau Asia yang bersejarah dan amat dinanti-nantikan ini tentunya akan membolehkan kolaborasi terus ditingkatkan dalam kalangan persatuan profesional untuk para penterjemah, jurubahasa dan ahli terminologi di wilayah Asia, dalam pelbagai bidang, termasuklah kolaborasi dalam pelatihan dan kemahiran, praktis profesional yang lestari dan pembangunan profesional pada masa depan.  Pada masa yang sama, profil kerjaya penterjemah, jurubahasa dan ahli terminologi dapat dipertingkat di peringkat serantau dan antarabangsa.  Selain kehadiran Pak Indra Listyo, Presiden Himpunan Pennerjemah Indonesia (HPI), majlis turut menyaksikan tayangan video yang memaparkan ucapan tahniah daripada rakan-rakan persatuan bawah FIT dan APTIF yang tidak dapat turut serta dalam majlis pelancaran ini. 

 

TAHNIAH DAN SYABAS, FIT Asia!

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn