Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL19)

Ditulis oleh :

Pada 29 Mac hingga 7 April yang lalu, telah berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa (PWTC). Bersempena dengan itu, sekali lagi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) telah diperuntukkan sebuah reruai percuma di bilik Mawar (Reruai M38).  

Seramai 22 orang petugas yang terdiri daripada ahli-ahli Majlis PPM dan anggota urus setia bekerjasama menjayakan aktiviti reruai PPM yang berlangsung selama 10 hari.

Antara ahli dan Ahli Majlis yang bertugas mengawasi perjalanan aktiviti di reruai PPM termasuk:           

  1. Prof. Emeritus Abdullah Hassan
  2. Sdr. Sa’odah Abdullah
  3. Sdr. Muhammad Razin Ong Abdullah
  4. Dr. Looi Wai Ling
  5. Sdr. Fatimah Zainal
  6. Sdr. Ezamli Ahmad Muniran
  7. Sdr. Nasiruddin Azir
  8. Sdr. Yahia Alberto Balanza
  9. Dr. Fadilah Jasmani
  10. Sdr. Maria Salim
  11. Sdr. Umi Salamah Hassan
  12. Prof. Madya Dr. Salinah Ja’far

Manakala anggota urus setia yang terlibat ialah:

  1. Sdr. Arissa Alya Yahaya
  2. Sdr. Asma’ Nabilah Nordin
  3. Sdr. Emilda Markun
  4. Sdr. Halimatus Saadiah Abdul Wahid
  5. Sdr. Nuralissa Jaslin Jasni
  6. Sdr. Nurnadhirah Aindafina Ahmad Hatta
  7. Sdr. Saleeha Ma
  8. Sdr. Sarah Atiqah Ahmad Ghazilan
  9. Sdr. Sarimah Hajiawae
  10. Sdr. Siti Nadhirah Ayob

Selain jualan buku, terdapat juga aktiviti lain di reruai PPM untuk menarik minat para pengunjung PBAKL19. Antara aktiviti tersebut ialah Kuiz Terjemahan (K-Terjemahan/Translation-Q). Kuiz tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori A untuk para pengunjung berumur 18 tahun dan ke atas, manakala kategori B pula untuk yang berumur 16 hingga 17 tahun. Kuiz ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung untuk singgah dan mencuba kuiz tersebut. Anggaran pengunjung dijangka seramai lebih kurang 120 orang daripada pelbagai peringkat umur.

Kongsi:

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on pinterest
Pinterest
Share on linkedin
LinkedIn